Thursday, 20 December 2012

Pertanyaan Umum tentang Rumpai Laut

Q: Apa perbezaan utama Gred AAA dan Gred AA?
A: Selalunya saya sarankan Gred AAA (ungu) kepada sesiapa yang menghidapi penyakit kronik manakala Gred AA (kuning) untuk kecantikan kulit.

Q: Ada berapa jenis kolagen dan perbezaan di antara kolagen ungu dan kuning.
A: Yang mendapat sambutan setakat ini adalah dua jenis iaitu ungu dan kuning emas. Dua-dua baik dan InsyaAllah berkesan. Tapi untuk permulaan jika pengguna yang baru ingin merankan untuk mencuba rumpai laut yang kuning dahulu sebelum mencuba yang ungu. Untuk pengetahuan, nutrisi yang terdapat di dalam rumpai laut berwarna ungu lebih tinggi berbanding kuning.


Q: Ada putih-putih di rumpai laut,bagaimana?
A: Putih-putih itu adalah hablur garam. Ianya antibakteria semulajadi rumpai kering tersebut. Anda jangan risau kerana ianya mudah dibersihkan dengan air.

Q: Rumpai laut yang berwarna ungu lebih berbau hanyir, bagaimana nak hilangkan?
A: Basuh terlebih dahulu dengan air putih sebanyak 6 kali. Kemudian basuh dengan air asam jawa sebanyak sekali atau 2 kali. Bersihkan lagi dengan air putih. Setelah itu rendam dengan daun pandan. Semasa merebus, disarankan untuk merebus dengan daun pandan juga. Bau hanyir akan hilang.

Q: Original ke kolagen ni?
A: Setakat ini belum ada lagi ciptaan manusia yang boleh meniru rupabentuk rumpai laut ini. Ini bermakna semua rumpai yang ditawarkan original rumpai laut ECOTTANI.

Q: Ada expired date ke rumpai laut ini?
A: Jika plastik tidak dibuka, tempohnya dalam setahun. Jika disimpan di dalam peti sejuk bahagian sayur-sayuran, lagi lama ia bertahan. Jika sudah dimasak, jangan disimpan di luar peti sejuk. Ia akan cepat rosak dan basi.

Q:Berapa had umur pengguna kolagen ini?
A: Umur 7 tahun hingga 12 tahun, setengah sudu 2 kali sehari. Umur 12 tahun dan ke atas, boleh makan sesudu hingga 3 sudu 3 kali sehari. Ibu mengandung baik mengamalkan kolagen ini selepas kandungan berusia 4 bulan. InsyaAllah bayi yang dilahirkan coleh dan berkulit putih.

Q: Kenapa rumpai ni berbeza-beza warna? Kadang-kadang putih, kuning dan kuning coklat.
A: Pengeringan rumpai laut ini bergantung kepada cuaca. Jika cuaca cerah dan baik, warna rumpai kering akan cantik. Jika cuaca mendung, maka warna pon akan berubah. Namun ia masihmempunyai nutrisi dan kandungan yang sama.

Q: Rumpai yang sudah dimasak cair dan tak seperti jeli.
A: Air yang digunakan mungkin berlebihan. Gunakan 1.5 liter air sahaja semasa merebus.

Q: Adakah produk ini HALAL?
A: Alhamdulillah HALAL. Penternak dan peniaga rumpai ini beragama Islam.

Untuk tempahan / pertanyaan, sila SMS/Call/Whatsapp 012-5432101 (Juhaina) @ 012-6747331 (Faisal) @ email: seaweedpmc@gmail.com

No comments:

Post a Comment